Wednesday, 25 January 2012

Henti sensasi isu rasuah bola sepak Perlis

January 22, 2012
Hamunir(tengah) bergambar bersama 25 pemain Liga Perdana Perlis dan panel jurulatih
KANGAR - Pengurusan pasukan Liga Perdana Perlis menggesa semua pihak tidak lagi mensensasikan laporan dakwaan rasuah dalam kalangan pemainnya kerana ia sedang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Penolong Pengurusnya, Hamunir Hamzah berkata, berikutan pendedahan berleluasa media mengenai dakwaan rasuah melibatkan pemainnya, pengurusan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) diarahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media agar tidak menjejaskan bukti siasatan.
Menurutnya, arahan itu dikeluarkan FAM dalam bentuk e-mel dan surat rasmi yang diterima pengurusan PFA dua hari lalu selain mengarahkannya mempercepatkan siasatan dalaman.
"Sebelum ini, PFA sudah mengemukakan laporan bertulis mengenai kes itu kepada FAM. Ia akan dibincangkan persatuan induk itu setelah laporan susulan PFA.
"Buat masa ini, PFA mengambil pendekatan berdiam diri selain melarang pemain dan panel pengurusan pasukan mengeluarkan kenyataan media setelah mendapat arahan FAM selain nasihat SPRM serta polis.
"Saya mohon semua pihak tidak lagi mensensasikan perkara ini memandangkan kita tidak mahu menjejaskan siasatan SPRM dan polis. Tiada guna isu ini digembar-gemburkan jika tiada penyelesaian," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status perkembangan siasatan SPRM terhadap pemain Perlis setelah laporan media mendedahkan suruhanjaya itu sudah memulakan siasatannya.
Mengenai jumlah pemain yang dipanggil SPRM sebelum ini, Hamunir berkata, beliau bersama semua pemain skuad Singa Utara dipanggil SPRM untuk memberi keterangan awal bermula pagi dan berakhir lewat petang semalam.
"Ia merupakan prosedur biasa SPRM untuk memulakan siasatan. Saya berharap semua pihak tidak membuat andaian negatif mengenai perkara itu.
"Saya mohon media tertentu mengeluarkan kenyataan betul dan tidak diceduk berdasarkan khabar angin bagi mengelakkan kekeliruan," katanya.

Thursday, 12 January 2012

Pahang Tuan Rumah Sukma 2012

 
 
   
Pahang tuan rumah Sukma 2012
KUANTAN - Pahang terpilih menjadi tuan rumah temasya Sukan Malaysia 2012, umum Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam satu majlis di sini.

Keputusan Majlis Sukan Negara (MSN) itu bakal disusuli dengan persediaan termasuk pembinaan vanue sukan baru termasuk stadium tertutup, stadium hoki, lapang sasar selain menambah baik kemudahan sukan sedia ada.

Tengku Abdullah berkata, Pahang berjaya dalam bidaan untuk menjadi tuan rumah walaupun Perlis, Perak dan Sarawak turut menawarkan diri.

Dalam perkembangan yang sama, Exco Belia dan Sukan Negeri, Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata, kerajaan negeri memerlukan kira-kira RM300 juta untuk melengkapkan segala kemudahan sukan supaya Sukma 2012 berjalan lancar.

Menurutnya, walaupun jumlah peruntukkan sebenar belum diputuskan, persiapan sudah diatur termasuk mengenal pasti lokasi-lokasi vanue sukan baru yang bakal dibina.

“Sebuah stadium tertutup akan dibina di Tanjung Lumpur manakala stadium hoki baru akan dibina bersebelahan stadium sedia ada di Indera Mahkota,” katanya dalam sidang media selepas meraikan kejayaan Pasukan Hoki Pahang yang menjadi juara Divisyen 2, Kejohanan Hoki Piala Razak 2010, baru-baru ini.

Wan Adnan Berkata, Stadium Makmur yang tidak pernah dibaik pulih sejak 1996 juga dinaiktarafkan termasuk menambah baik trek, tempat duduk, papan mata dan kemudahan-kemudahan lain.

“Stadium tertutup Sukpa juga akan dibaik pulih untuk acara badminton manakala renang akan berlangsung di kolam renang sedia ada yang juga bakal dinaiktarafkan,” katanya.

Menurutnya, melalui peruntukkan yang disediakan kerajaan negeri, Pahang bakal mempunyai kemudahan sukan lebih baik untuk digunakan dalam penganjuran pelbagai acara sukan akan datang.

“Kita akan memberi lebih fokus kepada pencapaian dalam Sukma 2012 kelak manakala Sukma 2010 di Melaka Jun depan sebagai satu pendedahan menguji prestasi semua atlet negeri.

“Kita hanya akan menghantar pasukan yang berpotensi untuk bersaing dalam Sukma 2010 dengan sasaran 34 pingat emas,” katanya.
 
Disediakan Oleh : sinar-hasmy
 

Wednesday, 11 January 2012

Khairul Fahmi, Fadhli Sas pemain terbaik Asia bawah-23

Penjaga gol skuad kebangsaan dan bawah -23 Malaysia dipilih sebagai penjaga gol terbaik Asia bawah 23 tahun. Selain berjaya memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas di dalam Sukan Sea, Fahmi turut membantu Malaysia untuk menjulang Piala AFF Suzuki.
Fahmi turut menjadi pertaruhan utama buat Kelantan FA yang telah memastikan beberapa piala utama saingan tempatan menjadi milik Kelantan. Fahmi turut diundi sebagai pemain terbaik Malaysia serta disenarai pendek untuk nama penjaga gol terbaik Asia.
Sementara itu, Fadhli Sas membuktikan bahawa usianya yang muda tidak menghalang untuk menjadi antara pemain pertahanan yang kental di rantau Asia. Dengan profil kejayaan serupa dimiliki Fahmi untuk skuad bawah 23 dan skuad kebangsaan, beliau telah berjaya menarik minat kelab Slovakia, ViOn Moravce sebagai pinjaman selama 3 bulan pada September lepas.
Umur beliau yang hanya 20 tahun, beliau bakal menjadi prospek utama Malaysia pada masa akan datang.