Penolong Pengurusnya, Hamunir Hamzah berkata, berikutan pendedahan berleluasa media mengenai dakwaan rasuah melibatkan pemainnya, pengurusan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) diarahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media agar tidak menjejaskan bukti siasatan.
Menurutnya, arahan itu dikeluarkan FAM dalam bentuk e-mel dan surat rasmi yang diterima pengurusan PFA dua hari lalu selain mengarahkannya mempercepatkan siasatan dalaman.
"Sebelum ini, PFA sudah mengemukakan laporan bertulis mengenai kes itu kepada FAM. Ia akan dibincangkan persatuan induk itu setelah laporan susulan PFA.
"Buat masa ini, PFA mengambil pendekatan berdiam diri selain melarang pemain dan panel pengurusan pasukan mengeluarkan kenyataan media setelah mendapat arahan FAM selain nasihat SPRM serta polis.
"Saya mohon semua pihak tidak lagi mensensasikan perkara ini memandangkan kita tidak mahu menjejaskan siasatan SPRM dan polis. Tiada guna isu ini digembar-gemburkan jika tiada penyelesaian," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status perkembangan siasatan SPRM terhadap pemain Perlis setelah laporan media mendedahkan suruhanjaya itu sudah memulakan siasatannya.
Mengenai jumlah pemain yang dipanggil SPRM sebelum ini, Hamunir berkata, beliau bersama semua pemain skuad Singa Utara dipanggil SPRM untuk memberi keterangan awal bermula pagi dan berakhir lewat petang semalam.
"Ia merupakan prosedur biasa SPRM untuk memulakan siasatan. Saya berharap semua pihak tidak membuat andaian negatif mengenai perkara itu.
"Saya mohon media tertentu mengeluarkan kenyataan betul dan tidak diceduk berdasarkan khabar angin bagi mengelakkan kekeliruan," katanya.
No comments:
Post a Comment