Siapakah yang akan merangkul Juara Bolasepak Sukan SEA 2011 ? Sama² kita nantikan Live Streaming 'pertarungan sengit' diantara Malaysia vs Indonesia yang akan diadakan secara langsung dari Stadium Gelora Bong Karno tepat pada pukul 8.00 malam ini.
Dalam live streaming perlawanan yang lalu, Malaysia berjaya menundukan Indonesia dengan 1 - 0. Namun adakah dalam perlawanan kali ini Malaysia akan beraksi dengan lebih cemerlang ? Selain itu, Indonesia yang pernah dikalahkan ditempat sendiri pastinya akan beraksi lebih ganas 'membalas dendam' selepas dimalukan dihadapan ribuan penyokongnya.
Selain tonton menerusi Live Streaming Perlawanan Final Malaysia Vs Indonesia Sukan Sea 2011 malam ini. Anda juga boleh menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung menerusi saluran RTM, TV3, Astro Arena 801. Bagi yang mengikuti perkembangan terkini menerusi Twitter, anda juga boleh live streaming perlawanan Malaysia vs Indonesia dengan menggunakan hashtag #Malaysia atau #Indonesia.
Sunday, 25 December 2011
Saturday, 24 December 2011
KELANTAN SERI MENENTANG PERSEBAYA INDONESIA
Unity Cup ( Kiri ) dan Piala Permai ( Kanan )
Pertemuan yang dijangka sengit dan menghiburkan bertukar “panas” apabila dua kad merah dilayangkan kepada dua orang pemain Kelantan iaitu Azizi Matt Rose dan Nik Shahrul Azim setelah mengkasari lawan masing masing.
Walaupun kekurang pemain Kelantan terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke 60″ menerusi bekas kapten pasukan musim 2010 iaitu Indra Putra Mahyuddin yang merembat masuk gol menewaskan Penjaga Gol Persebaya FC.
Persebaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 85″ menerusi Andik dengan menggelecek beberapa pertahanan Kelantan dan merembat masuk menewaskan penjaga gol muda Kelantan Syazwan Yusof.
Tamat Perlawanan menyaksikan Kelantan 1 – 1 Persebaya FC dan perlawanan timbal balik bagi merebut Unity Cup pada 28 Disember 2011 di Surabaya Indonesia.
Saturday, 17 December 2011
PERLAWANAN PERSAHABATAN KELANTAN VS PERSEBAYA 23 DAN 28 DISEMBER 2011| PIALA PERMAI
Kelantan akan terlibat dalam perlawanan persahabatan Piala Persahabatan Malaysia -Indonesia atau PIALA PERMAI 2011 menentang kelab Liga Premier Indonesia (IPL) iaitu Persebaya FC.
Perlawanan persahabatan merebut Piala Permai ini, akan dilangsungkan secara timbal balik dengan perlawanan pertama akan dilangsungkan pada 23 Disember 2011 dengan Kelantan sebagai tuan rumah bakal beraksi di Stadium Sultan Mohamad ke -IV, Kota Bahru. Aksi timbal balik perlawanan kedua akan dilangsungkan digelanggang lawan di Stadium Gelora Bung Karno pada 28 Disember 2011.
Perlawanan ini akan dibawakan oleh Astro Arena 801 secara langsung mengikut maklumat yang diperolehi. Jadi jangan lupa saksikan siaran langsung Kelantan vs Persebaya FC pada 23 Disember 2011 di Astro Arena.
Diharapkan bersempena piala permai ini, hubungan kedua-dua negara akan sedikit pulih. Dan jika tidak, mungkin sekali lagi kita menyaksikan ‘baracuda’ membawa pemain pemain Kelantan. Diharapkan ini tidak berlaku, biarpun Persebaya terkenal dengan penyokong fanatik mereka sendiri.
Perlawanan persahabatan kelab antarabangsa Piala Persahabatan Malaysia – Indonesia (PERMAI) 2011 :Siaran Langsung Astro Arena Perlawanan Persahabatan Kelantan FA vs Persebaya FC 23 Disember 2011| Piala PERMAI 2011 :Friendly Match – Jumaat 8:45 pm di Stadium Sultan Mohamad ke -IV.
.
Perlawanan Persahabatan Persebaya FC vs Kelantan FA 28 Disember 2011 | Piala PERMAI 2011 :Friendly Match – Rabu 7:00 pm di Stadium Gelora Bung Karno.
**perlawanan kedua masih belum dapat dipastikan akan disiarkan di Astro Arena atau tiada…
**info mengenai siaran langsung adalah berdasarkan maklumat..jika ada perubahan akan dimaklumkan kelak..tiada siaran langsung rtm1/2
.
Link Live streaming akan disediakan jika ada nanti….
Subscribe to:
Posts (Atom)

