Saturday, 17 December 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN KELANTAN VS PERSEBAYA 23 DAN 28 DISEMBER 2011| PIALA PERMAI

Kelantan akan terlibat dalam perlawanan persahabatan Piala Persahabatan Malaysia -Indonesia atau PIALA PERMAI 2011 menentang kelab Liga Premier Indonesia (IPL) iaitu Persebaya FC.
Perlawanan persahabatan merebut Piala Permai ini, akan dilangsungkan secara timbal balik dengan perlawanan pertama akan dilangsungkan pada 23 Disember 2011 dengan Kelantan sebagai tuan rumah bakal beraksi di Stadium Sultan Mohamad ke -IV, Kota Bahru. Aksi timbal balik perlawanan kedua akan dilangsungkan digelanggang lawan di Stadium Gelora Bung Karno pada 28 Disember 2011.
Perlawanan ini akan dibawakan oleh Astro Arena 801 secara langsung mengikut maklumat yang diperolehi. Jadi jangan lupa saksikan siaran langsung Kelantan vs Persebaya FC pada 23 Disember 2011 di Astro Arena.
Diharapkan bersempena piala permai ini, hubungan kedua-dua negara akan sedikit pulih. Dan jika tidak, mungkin sekali lagi kita menyaksikan ‘baracuda’ membawa pemain pemain Kelantan. Diharapkan ini tidak berlaku, biarpun Persebaya terkenal dengan penyokong fanatik mereka sendiri.
Perlawanan persahabatan kelab antarabangsa Piala Persahabatan Malaysia – Indonesia (PERMAI) 2011 :
Siaran Langsung Astro Arena Perlawanan Persahabatan  Kelantan FA vs Persebaya FC 23 Disember 2011| Piala PERMAI 2011 :Friendly Match – Jumaat 8:45 pm di Stadium Sultan Mohamad ke -IV.
.
Perlawanan Persahabatan  Persebaya FC vs Kelantan FA 28 Disember 2011 | Piala PERMAI 2011 :Friendly Match – Rabu  7:00 pm di Stadium Gelora Bung Karno.
**perlawanan kedua masih belum dapat dipastikan akan disiarkan di Astro Arena atau tiada…
**info mengenai siaran langsung adalah berdasarkan maklumat..jika ada perubahan akan dimaklumkan kelak..tiada siaran langsung rtm1/2
.
Link Live streaming akan disediakan jika ada nanti….

No comments: