Siapakah yang akan merangkul Juara Bolasepak Sukan SEA 2011 ? Sama² kita nantikan Live Streaming 'pertarungan sengit' diantara Malaysia vs Indonesia yang akan diadakan secara langsung dari Stadium Gelora Bong Karno tepat pada pukul 8.00 malam ini.
Dalam live streaming perlawanan yang lalu, Malaysia berjaya menundukan Indonesia dengan 1 - 0. Namun adakah dalam perlawanan kali ini Malaysia akan beraksi dengan lebih cemerlang ? Selain itu, Indonesia yang pernah dikalahkan ditempat sendiri pastinya akan beraksi lebih ganas 'membalas dendam' selepas dimalukan dihadapan ribuan penyokongnya.
Selain tonton menerusi Live Streaming Perlawanan Final Malaysia Vs Indonesia Sukan Sea 2011 malam ini. Anda juga boleh menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung menerusi saluran RTM, TV3, Astro Arena 801. Bagi yang mengikuti perkembangan terkini menerusi Twitter, anda juga boleh live streaming perlawanan Malaysia vs Indonesia dengan menggunakan hashtag #Malaysia atau #Indonesia.

No comments:
Post a Comment