7 Februari 2012
Mengakui kecewa dengan apa yang terjadi, namun Azraai tetap memberikan kepercayaannya kepada skuad kendalian Ong Kim Swee untuk meneruskan baki dua perlawanan akan datang.
“Lupakan kekalahan lalu, apa yang penting sekarang, kita perlu meneruskan baki dua perlawanan, meskipun pintu melayakkan diri ke Sukan Olimpik London, Julai nanti sudah tertutup.
“Kita masih boleh mengejar mata dan buktikan yang kita bukanlah sekadar pasukan belasahan,” kata jurulatih Negeri Sembilan itu kepada Sinar Harian semalam.
Menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum mengumpul sebarang mata dengan mencatat kekalahan empat kali berturut- turut, skuad Olimpik Negara dilihat banyak melepaskan peluang menjaringkan gol pada pertemuan menantang Bahrain di pusingan ketiga kelayakan Olimpik Zon Asia, di Stadium Nasional Manama, kelmarin.
Menyifatkan Bahrain sebagai pasukan yang hebat, Azraai memuji semangat pemain negara yang dilihat tidak mudah menyerah dengan memperlihatkan komitmen tinggi melalui mutu persembahan lebih baik, berbanding perlawanan lalu.
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai persembahan anak buahnya, Shakir Ali yang diberikan kepercayaan oleh Kim Swee untuk bersama dengan skuad Harimau Muda untuk beraksi dalam kelayakan Olimpik, Azraai melihat, pemain berusia 22 tahun itu memerlukan masa mencipta keserasian. Namun, Azraai tetap gembira kerana Shakir diberikan ruang menunjukkan kebolehan.
No comments:
Post a Comment