Tuesday, 7 February 2012

Harimau Muda mampu ikat Bahrain: Mat Zan

NORASHIKIN LEMAN
7 Februari 2012
Mat Zan
TERKILAN apabila banyak peluang menjaringkan gol dipersiakan, jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris melihat barisan tengah yang longgar menjadi punca skuad Olimpik negara tewas 1-2, kepada Bahrain, malam kelmarin.

Menyifatkan Malaysia mempunyai kekuatan sama dengan Bahrain, Mat Zan percaya skuad Harimau Muda mampu mengikat pasukan tersebut sekiranya bahagian tengah diperketatkan.

Mengakui peluang sudah tertutup buat pasukan negara melayakkan diri ke Sukan Olimpik London akan datang, Mat Zan bagaimanapun tetap tidak mahu skuad kendalian Ong Kim Swee mengaku kalah dan menjadikan perlawanan akan datang sekadar memenuhi jadual perlawanan.

“Peluang ke Olimpik memang sudah tertutup, namun kita masih berpeluang mencari mata melalui dua perlawanan terakhir nanti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mahu lebih ramai lagi pemain berbakat seperti Harimau Muda dilahirkan, Mat Zan melihat sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mencari alternatif menggantikan pemain sedia ada.

“Kita perlu mencari pengganti kerana pemain sedia ada pasti akan meninggalkan pasukan selepas usia 23 tahun. Lupakan Olimpik London 2012, sebaliknya kita perlu bersedia berdepan dengan kejohanan-kejohanan besar pada masa akan datang,” katanya.

No comments: